Di Mana-Mana Sahaja
Pada Setiap Masa


Makluman
Kebanyakan foto dalam blog ini adalah sekadar hiasan sahaja. Maka kepada pemilik asal foto, jika telah meletakkan foto secara online maka foto itu adalah menjadi milik komuniti online selagi tidak mengubah identiti foto tersebut.
Harap maklum.

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Pembukaan Semula
20.12.2006


Tetamu Sekarang




Pautan Wajib Lawat:
A


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



25.5.07
Kembali!

Hi there! I am trying to keep back online!

Posted at 2:59:30 am by Zack
Ulasan  

20.1.07
Kembali!

Hi there! I'm back! Maaf la sbb berehat lama sangat. Harap korang tak marah ye. Ok, aku ada berita baik. Aku berehat lagi lepas ni, hehe! Bye!

Selamat Awal Muharam 1428H


Posted at 7:57:33 am by Zack
Ulasan  

9.1.07
Berehat

Assalamualaikum guys! Untuk makluman, Blog Abad 21 akan direhatkan sekali lagi untuk satu tempoh yang tidak diketahui. Semua ini bergantung kepada keadaan semasa. Diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada blog ini. Semoga berjumpa lagi pada masa yang lain. Bye!


Posted at 7:25:30 pm by Zack
Ulasan  

7.1.07
Britain Naikkan Usia Bersara Tentera Darat

LONDON 6 Jan. – Tentera Darat Britain menaikkan had umur untuk rekrut baru kepada 33 tahun, membolehkan anggota yang lewat menyertai pasukan tersebut berkhidmat sehingga berusia 55 tahun, kata Kementerian Pertahanan Britain, semalam.

“Ini menjadikan pihak tentera selaras dengan perkhidmatan lain (Tentera Laut dan Tentera Udara),” kata jurucakapnya.

Tambah beliau, perubahan tersebut diuar-uarkan secara dalaman awal bulan lalu dan pertukaran polisi melibatkan pengambilan di seluruh negara.

Had umur sebelum ini adalah 26 tahun.

Usia minimum pengambilan kekal pada 16 setengah tahun walaupun mereka tidak akan dibenarkan berperang sehingga mencapai usia 18 tahun.

Edisi pertama akhbar The Sun hari ini berkata, langkah tersebut adalah untuk menangani “krisis kekurangan anggota” dalam pasukan bersenjata Britain dan kali terakhir had umur yang tinggi diguna pakai adalah semasa Perang Dunia Kedua.

– AFP

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007

Ulasan - LeeUK masih sempat lagi kalau nak masuk servis.


Posted at 9:12:00 am by Zack
Ulasan (1)  

‘Akhiri Perang Iraq Sekarang’ - Pemimpin Demokrat Beri Bush Amaran Tarik Balik Tentera

WASHINGTON 6 Jan. – Pemimpin- pemimpin baru Demokratik di Kongres Amerika Syarikat (AS), yang memulakan pengaruh mereka kelmarin, menambah tekanan ke atas Presiden George W. Bush berhubung isu Iraq semalam, beberapa hari sebelum beliau dijangka mengumumkan strategi terakhir yang baru di negara yang dilanda pergolakan berterusan itu.

Bush pula hari ini menawarkan kerjasama kepada Demokrat dalam soal kewangan dan bajet, tetapi enggan bertolak ansur berhubung isu Iraq.

Pesaing-pesaing kepada parti Bush di Kongres itu memberi amaran tindakan menggariskan usaha baru untuk menghadapi peperangan, termasuk menambah anggota tentera hanya akan menemui kegagalan.

Justeru, pemimpin-pemimpin itu menggesa penarikan keluar pasukan tentera AS secara berperingkat-peringkat dimulakan dalam tempoh enam bulan.

Jawatankuasa Hubungan Luar Senat yang diketuai Demokrat juga mengumumkan jadual yang dilihat sebagai siasatan ledakan politik mengenai isu Iraq termasuk memaksa kehadiran Setiausaha Negara, Condoleezza Rice kelak.

Ketua Majoriti Senat yang baru, Harry Reid dan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menguji pengaruh Demokrat dalam Kongres dengan menulis surat yang tegas kepada Bush.

“Selepas pertempuran selama empat tahun, beribu-ribu kematian di pihak AS dan lebih 300 bilion dolar Amerika (RM1,050 bilion) digunakan, sudah tiba masanya untuk menutup perang,” tulis kedua-dua pemimpin itu.

“Rakyat Amerika telah menunjukkan dalam pilihan raya November mereka tidak percaya pada dasar Iraq semasa akan membawa kejayaan dan kita perlu mengubah arah tuju demi kepentingan tentera kita,” kata surat tersebut.

“Menambah anggota adalah strategi yang telah dicuba sebelum ini dan ia gagal.

“Menambah lagi anggota tentera hanya akan membahayakan lebih banyak rakyat Amerika dan memperluaskan tentera kita ke titik akhir tidak akan membawa kejayaan strategik... Kita sudah melepasi garisan untuk menyediakan lebih banyak tentera untuk Iraq,” kata mereka.

Reid dan Pelosi menggesa Bush memulakan fasa membawa balik tentera AS dalam tempoh empat hingga enam bulan.

Jurucakap Bush, Tony Snow berkata, Presiden AS itu belum memutuskan tindakan White House dalam meletakkan strategi baru bagi Iraq, tetapi dijangka akan dicapai pada minggu depan.

Semalam Bush mengumumkan perubahan kepimpinan tentera AS di Iraq.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates menamakan Lt. Jen. David Petraeus bagi menggantikan Jeneral George Casey sebagai pemerintah pasukan multinasional di Iraq.

Beliau juga menamakan Laksamana William Fallon bagi menggantikan Jeneral John Abizaid sebagai komander Pusat Ketumbukan yang mengawal selia pasukan tentera AS dari Utara Afrika hingga Asia Tengah.

Bush juga mengumumkan pelantikan bekas Ketua Risikan AS, John Negroponte sebagai Timbalan Setiausaha Negara.

– Agensi

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007


Posted at 9:10:05 am by Zack
Ulasan  

Pencipta Mi Segera Meninggal Dunia

TOKYO 6 Jan. – Pencipta mi segera, yang kini merupakan antara makanan popular, meninggal dunia di sini semalam pada usia 96 tahun.

Momofuku Ando (kiri) meninggal dunia kerana penyakit jantung, kata jurucakap Nissin Food Product Co., syarikat yang diasaskan oleh beliau.

Syarikat itu ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua.

Media Jepun memuji beliau atas kejayaannya membawa mi segera ke seluruh dunia dan angkasa lepas.

Ando dilahirkan di Taiwan pada 1910 semasa pendudukan Jepun dan mengendalikan syarikat pakaian dan beberapa syarikat lain di Taipei dan Osaka pada awal kariernya.

Media Jepun menambah, Ando mendapat inspirasi mi segera pertama dunia semasa melihat orang ramai beratur panjang untuk membeli mi ‘ramen’ segar dari sebuah gerai pasaran gelap ketika berlakunya kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Selepas produk Chicken Ramen yang diperkenalkan pada 1958 menjadi terkenal walaupun dijual pada harga RM1.04 (35 yen), beliau memperkenalkan Cup Noodle pada tahun 1971.

Mi segera dalam bekas stirofom kalis air yang hanya perlu disediakan dengan menuang air panas membuktikan satu kaedah pemasaran terbaik ketika penduduk dunia semakin dihimpit kesibukan dengan kerja seharian.

Ando menjadi perhatian ramai ketika muncul di kaca televisyen pada 2005 untuk mempromosikan versi Cup Noodle yang membolehkan ia dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery.

Beliau yang kerap dilihat sedang menjamah hidangan yang diciptanya, turut membuka sebuah muzium yang mengabadikan mi segera di Osaka pada 1999.

Ando meninggalkan seorang balu, Masako.

Kali terakhir mendiang muncul di khalayak ramai ialah pada Rabu lalu apabila menyampaikan ucapan sempena tahun baru di Ibu Pejabat Nissin dan menikmati Chicken Ramen pada majlis makan tengah hari bersama para eksekutifnya.

– Agensi

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007

Ulasan - Siapa kata makan mi segera membahayakan kesihatan? Tu datuk tu makan hidup sampai umur 96 tahun lagi.


Posted at 9:02:38 am by Zack
Ulasan  

Boikot Rokok ‘Erra Fazira’

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira hari ini menggesa orang ramai agar memboikot rokok tiruan menggunakan namanya yang dikatakan semakin berleluasa di pasaran terutama di kawasan luar bandar sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang terkejut dengan pendedahan Kastam Diraja Malaysia dalam Utusan Malaysia semalam bagaimanapun mengakui belum pernah melihat rokok berkenaan.

‘‘Saya sangat kesal kerana nama saya digunakan dalam produk yang merosakkan kesihatan. Saya mahu orang ramai terutama peminat saya menjauhi tabiat merokok apatah lagi membeli rokok tiruan itu.

‘‘Apa yang pasti saya tidak pernah terbabit dalam kegiatan tersebut dan berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui mengenai kewujudan rokok itu,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam kastam mendedahkan mereka mengesan kewujudan rokok tiruan yang menggunakan nama artis terkenal ‘Erra Fazira’ di pasaran sejak akhir-akhir ini.

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Abd. Rahman Abd. Hamid berkata, rokok terbabit dijual antara RM3 dan RM4 sekotak iaitu jauh lebih murah berbanding harga rokok biasa di pasaran.

Tambah beliau, kawasan pedalaman dan penempatan Felda adalah antara kawasan yang menjadi buruan pembekal rokok terbabit kerana terdapat permintaan tinggi.

Katanya, rokok tiruan terbabit menembusi pasaran tempatan dari negara jiran melalui Sabah dan Sarawak hingga membuatkannya sukar untuk dikesan pihak berkuasa.

Ketika diminta mengulas lanjut, Erra Fazira berkata, beliau sebenarnya sudah ‘lali’ dengan tabiat peniaga yang menggunakan namanya untuk melariskan produk mereka terutama makanan dan pakaian.

‘‘Saya difahamkan ada yang jual ‘Kain Erra Fazira’, ‘Tudung Erra Fazira’ dan sebagainya, tetapi saya masih boleh bersikap rasional kerana mungkin itu strategi perniagaan masing-masing.

‘‘Tetapi kalau dah melibatkan benda berbahaya pada kesihatan, itu sudah melampau,’’ tambahnya.

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007

Ulasan - Rokok? Haha!


Posted at 8:59:44 am by Zack
Ulasan  

Promosikan Malaysia – PM -- Rakyat Diseru Sama-Sama Tarik Pelancong Sempena TMM 2007

Oleh: NIZAM YATIM dan S. ANAND KUMAR


MENARIK...Pertunjukan bunga api berhampiran buaian roda Eye on Malaysia memeriahkan lagi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 yang disempurnakan oleh Abdullah Ahmad Badawi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyeru rakyat sama-sama mempromosikan negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007) bagi membolehkan Malaysia menjadi destinasi pelancongan utama dunia.

Berucap pada majlis pelancaran TMM 2007 yang gilang gemilang di Taman Tasik Titiwangsa di sini malam ini, Perdana Menteri berkata, penentu kejayaan TMM 2007 ialah rakyat sendiri.

Mereka termasuk polis, pemandu teksi dan bas serta peniaga yang seharusnya memberikan layanan terbaik kepada pelancong agar mereka mengecapi pelbagai pengalaman manis semasa di sini.

Beliau berkata, antara daya penarik pelancong ke Malaysia ialah pembangunan pesat, keindahan alam semula jadi termasuk pulau peranginan serta budaya masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup aman damai.

‘‘Apabila pelawat datang kita kena senyum dengan mereka, bila mereka tanya jalan kita tunjuk jalan dan bila mereka tanya sesuatu kita perlu menjawab secara berhemah.

‘‘Saya juga berharap kebersihan kedai dan tempat pelancongan sentiasa dijaga bagi memastikan mereka menikmati pengalaman tidak dapat dilupakan,” katanya.

Hujan renyai-renyai sejak petang tidak menghalang kira-kira 20,000 orang ramai termasuk pelancong asing, 674 wakil media dan ejen pelancongan dari 35 buah negara menikmati persembahan artis terkenal seperti Anita Sarawak, Michael Wong dan Sheila Majid serta pertunjukan bunga api.

Mereka turut terpegun menyaksikan tarian zapin irama Malaysia serta buaian roda, Eye on Malaysia setinggi 60 meter sama seperti London Eye di United Kingdom.

Orang ramai mula membanjiri tapak pelancaran sejak pagi lagi untuk mengunjungi gerai-gerai yang menjual produk makanan dan hasil kraf tangan keluaran setiap negeri.

Majlis pelancaran itu disiarkan secara langsung menerusi siaran RTM 1 dan stesen televisyen di 10 negara Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hakim Borhan.

TMM 2007, yang bertemakan “Sambutan Jubli Emas” dan diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara, merupakan edisi ketiga selepas siri pertama pada 1990 dan kedua pada 1994, yang telah mencatatkan kejayaan.

TMM 2007 dijangka dapat menarik 20.1 juta pelancong ke negara ini beserta dengan tukaran wang asing sebanyak RM44.5 bilion.

Abdullah dalam ucapannya juga meminta pelancong supaya tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan dan buah-buahan Malaysia yang beraneka jenis dan lazat.

Perdana Menteri turut menggalakkan pelancong menggunakan pengangkutan awam dan infrastruktur jalan yang baik.

Katanya, mereka juga tidak harus lupa membeli barangan kraf tangan tempatan seperti batik yang berkualiti tinggi dan telah diiktiraf di peringkat dunia serta merasai sendiri suasana kehidupan di kawasan pedalaman.

Menurut Abdullah, langkah memberi tumpuan kepada pelancong terbukti berjaya apabila kira-kira 17 juta pelancong asing melawat Malaysia pada tahun lalu dan telah membelanjakan RM37 bilion untuk penginapan dan makanan serta membeli-belah.

‘‘Kesan jangka panjang ialah pelancong terbabit yang terdiri daripada kalangan peniaga mungkin akan membuat keputusan untuk melabur dan menanam modal di negara ini,” katanya.

Pada penghujung majlis, Abdullah turut merasmi serta mencuba buaian roda Eye on Malaysia berharga RM30 juta dengan kemudahan 42 gondola berhawa dingin yang setiap satu boleh memuatkan lapan penumpang.

Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, sempena TMM 2007 itu pelbagai acara yang sukar dilupakan menanti pelancong dalam dan luar negara.

‘‘Pencapaian dan pembangunan negara selama 50 tahun adalah hasil usaha rakyat kita dan saya percaya seluruh warganegara akan memainkan peranan masing-masing untuk menonjolkan keunikan warisan budaya berbilang kaum kepada tetamu kita,” ujar beliau.

Lebih 240 aktiviti menarik dirancang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini sempena TMM 2007.

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007

Ulasan - Kat Cambridge ada ke macam Roda Eye on Malaysia tu?


Posted at 8:54:16 am by Zack
Ulasan  

AirAsia X Tidak Jejaskan Operasi MAS

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Kelahiran produk baru penerbangan tambang murah perjalanan jauh AirAsia X, hasil kerjasama Air Asia dan Fly Asian Xpress (FAX) tidak akan menjejaskan operasi Penerbangan Malaysia (MAS).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ini kerana AirAsia X diberi hak mengendalikan laluan perjalanan jauh bagi destinasi yang tidak dilakukan oleh MAS.

‘‘Sebagai permulaan kita luluskan hak kepada AirAsia X untuk kendalikan laluan di mana MAS belum beroperasi.

‘‘Kita akan teliti setiap permohonan yang dibuat oleh AirAsia X. Seperti sekarang AirAsia X hanya kendalikan laluan ke United Kingdom (UK) iaitu Manchester dan tidak ke London kerana MAS sudah beroperasi bagi laluan berkenaan,’’ katanya di sini hari ini.

AirAsia X, produk penerbangan tambang murah jarak jauh yang dilancarkan hari ini dijangka mula beroperasi Julai depan dengan laluan permulaan ke UK dan China.

Kong Choy berkata, MAS kini beroperasi bagi destinasi London dan mendarat di Lapangan Terbang Gatwick serta Heathrow dan tiada penerbangan ke Manchester.

Bagaimanapun katanya, AirAsia X mungkin diberi hak mengendalikan laluan ke London menggunakan lapangan terbang lain seperti Stanstead.

‘‘Kerajaan memang mahu wujudkan dua jaguh penerbangan, domestik dan antarabangsa. Kita mahu kedua-duanya memainkan peranan dalam menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan penerbangan negara,’’ ujarnya.

Malah katanya, kemunculan AirAsia dalam industri penerbangan tempatan membantu menjadikan MAS lebih kompetitif dan efisien.

Kong Choy berkata, dalam usaha mewujudkan penggunaan ruang udara yang lebih liberal antara Malaysia dan Singapura, satu siri perbincangan akan diadakan pada suku pertama tahun ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kelahiran satu lagi produk penerbangan tambang murah itu akan membantu merealisasikan hasrat negara untuk muncul sebagai hab penerbangan tambang murah serantau.

- Utusan Malaysia, Januari 7; 2007


Posted at 8:52:06 am by Zack
Ulasan  

6.1.07
Monitor Baru

Apa khabar semua? Sebelum tu nak beritahu, malam Jumaat lepas je hantar e-mel kepada orang ni, aku baca la blog orang ni plak. Tup-tup lepas je baca entry tentang nenek tua yang minta sedekah untuk bagi cucu dia makan, kat entry tu siap ada petir sabung-menyabung, tiba-tiba monitor PC aku bau hangit! Automatik aku terus panik off monitor n baru aku off CPU. Aku dah siap standby tepi pintu nak cabut takut kalau-kalau skrin tu blow ke, mau berterabur kaca. Alhamdulilah tak de pe. Tak terbakar pun. Untuk pemilik blog berkenaan, u punya entry tu berpuaka ke?

Monitor tu pun sebelum ni memang dah tunjuk tanda-tanda nak mati, display kejap besar, kejap kecil. Siap aku leh tampar-tampar tepi monitor tu, hehe. Jenis NEC dan sudah berkhidmat selama enam tahun. Masa tu kalau monitor CRT ni je harga dia RM850.

Monitor lama

Maka tadi aku baru beli monitor baru. Pilih monitor LCD la, CRT ni walaupun dalam RM300 tapi teknologi tu akan ketinggalan. Dah la berat. Jadi nak beli jenis Acer, tapi tak de stok. Kena tunggu minggu depan. Brand Samseng pun sama. Maka aku pilih Monitor LCD LG, Flatron L1752S. Slim dan ringan gile. Boleh juga menjimatkan penggunaan elektrik. Terbang la RM595. Maka aku ucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada monitor baru dan selamat tinggal kepada monitor lama. Dah pun aku angkat dan letak di luar untuk dibuang kat tong sampah besar. Bye, bye!

Monitor baru!

Line Internet seperti yang dilapor akan kembali pulih mulai 20 Januari ini. Jenuh nak guna Internet. Tapi baru-baru ni lebih baik la berbanding akhir Disember lepas. Berita baik juga buat sesiapa yang nak ke Manchester, AirAsia X (anak syarikat AirAsia) akan memulakan penerbangan sulung pada Julai ni. Tempahan akan dibuka mulai bulan Februari. Menurut LeeUK, servis dia ada disediakan meals dan selesa juga berbanding AirAsia untuk penerbangan domestik. So mari kita buat rombongan Cik Kiah ke rumah LeeUK! Sampai sini sahaja. Perut aku lapar la. Gerak dulu!


Posted at 5:06:59 pm by Zack
Ulasan (4)  

Previous Page Next Page